Saturday, March 26, 2011

Registration for admission of Primary One in Malaysia for Childreb born in 2006

Ruj. Kami : YC TG/06/2011Tarikh : 24.02. 2011

Kepada semua ibu bapa dan penjagaPermohonan Kemasukan Kanak-Kanak (Warganegara) Ke Tahun Satu Sesi Persekolahan 2012 Dan 2013 Sekolah Rendah Negeri Selangor

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melaksanakan urusan permohonan pendaftaran yang diarahkan.

2.1 Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2005 hingga 1.1.2006 untuk tahun persekolahan 2012.

2.2 Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2006 hingga 1.1.2007 untuk tahun persekolahan 2013.

3. Mulai tahun 2010 ibu bapa/penjaga boleh membuat permohonan pendaftaran tahun satu secara online melalui laman web Jabatan Pelajaran Selangor http://www. moe.gov.my/jpnselangor sebelum membuat pengesahan permohonan ke pejabat sekolah.

* SJK(C) Yak Chee adalah di dalam daerah PPD Petaling Perdana (B10).

1.Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen berikut :

a) Sijil Lahir kanak-kanak berkenaan (asal dan salinan).

b) Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga (asal dan salinan).

c) Surat Nikah / Surat Cerai (asal dan salinan).

d) Bukti alamat tempat tinggal (salinan asal dan fotostat bil elektrik / bil air / cukai pintu / perjanjian jual beli yang terkini).

e) Sampul surat putih bersaiz 4”x 9” (115 cm x 245 cm) bersetem 60 sen.

5.Jadual permohonan pendaftaran adalah seperti berikut :-

Tarikh : 1 hingga 31 Mac 2011

Hari : Isnin – Jumaat (Hari kelepasan am dikecualikan).

Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang (Isnin – Khamis)

8.00 pagi – 12.15 tengahari (Jumaat)

Tempat : Bilik Rawatan Blok C

Ibu bapa yang telah membuat permohonan penempatan sebelum ini diminta balik ke sekolah sekiranya terdapat maklumat yang perlu dikemaskinikan.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Ong Sead Ting

Guru Besar,

SJK(C) Yak Chee.

Puchong.